Saturday, July 12, 2008

...::SANGGAR BAYU UNTUK SEMUA::...


Panas yang membakar bumi
Hangus segala kehijauan
Langit menjadi kelabu
Hilang segala kebiruan

Dalam terik panas ini
Aku rindu pada hujan
Aku rindu pada tiupan angin
Sanggar bayu kan ku dirikan

Sungguh kejamnya manusia
Tangan yang penuh dengan dosa
Memusnahkan segala-gala
Hati tak bertimbang rasa

Sanggar bayu kan ku dirikan
Tempat laluan sang angin
Burung-burung berkicauan
Di lubuk ikan bermain

Thursday, July 10, 2008

~~KAU KU SAYANG~~


Kau tersenyum

Ku terpaku

Cahya di wajahmu

Hanyalah untukku

Sinaran matamu

Menusuk di kalbu

Tak mungkin ku melupakan

Sebegini pengalaman

Lalu hati pun berkata

Segala untukmu...

Satu masa nanti

Pasti kau temui

Tabahkanlah hati

Jangan lupakan Ilahi

Akan tiba bahagia

Tak mungkin sendirian

Terhurai dalam lagu berkumandang

Di buai dalam mimpi

Kau ku sayang

Segala untukmu....

...::AIR MATA IBU::...

Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu
Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu
Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu
Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus
Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda...
DUHAI IBU.....

Wednesday, July 9, 2008

::HARI INI DAN SEMALAM::

....Assalamualaikum para sahabatku yang ku rindui..ermm..hari ini dan semalam merupakan detik waktu yg tidakkan dptku lupakan smpai bila2..entahlaaa...mungkin hanya diri ini dan YANG MAHA MENGETAHUI mengerti segala yg tersurat mahupun tersirat...ape2 pun,alah bisa tegal biasa,asal hidup aman bahagia bersama org tercinta.......
......Untuk akhirnya,hanya yg dptku ungkapkan hanyalah...~BIARLAH RAHSIA...~
...::WAJAH RAHSIA HATIKU::...

Tuesday, July 8, 2008

FAHAMI DAN HAYATI......


CAHAYA CINTA

Cinta

Ingin sekali ku ungkap namamu

Ingin sekali ku lerai maksudmu

Ingin sekali ku khabarkan pada dunia tentang dirimu

Ingin sekali ku untuk bersamamu

Cinta

Apakah engkau buta?

Untuk mengenal SANG PENCINTA?

Persis ceritera Jauhari mengenal Manikam

Apakah kau sedar wahai cinta?

Cinta

Ceritera cinta ADAM dan HAWA

Hebat lagi cinta hamba pada tuhanNYA

Yang kekal abadi selama-lamanya

Tidakkan luntur walau di akhirat sana

Cinta

Getaran cinta menusuk dijiwa

Alangkah manisnya tika bercinta

Dunia dilupa bagai di syurga

Itulah dia penangan cinta

Cinta

Sekilas wajahmu ingin bercinta

Pelbagai andaian datang menjelma

Adakah cinta hamba atau SANG PENCINTA?

Rantaian iman pengukur cinta

Cinta

Dedebu cinta berterbangan di udara

Tanda cinta pada YANG ESA

Biar lautan bergelora

Biar taufan datang menerpa

Namun cinta tetap pada YANG BERKUASA

Cinta

Walau masa gancang berlari

Walau jiwa walah berdiri

Walau lautan membelah bumi

Namun….

Kau tetap disanubari

Cinta

Cinta pada ILAHI cinta hakiki

Tidak dapat ditukar ganti

Biar jasad kian bersemadi

Lontaran cinta kekal dihati

Itulah citra CAHAYA CINTA…..

Luahan cinta :

Pencinta Seni,

24 Januari 2007,

07.28 p.m.