
CAHAYA CINTA
Cinta
Ingin sekali ku ungkap namamu
Ingin sekali ku lerai maksudmu
Ingin sekali ku khabarkan pada dunia tentang dirimu
Ingin sekali ku untuk bersamamu
Cinta
Apakah engkau buta?
Untuk mengenal SANG PENCINTA?
Persis ceritera Jauhari mengenal Manikam
Apakah kau sedar wahai cinta?
Cinta
Ceritera cinta ADAM dan HAWA
Hebat lagi cinta hamba pada tuhanNYA
Yang kekal abadi selama-lamanya
Tidakkan luntur walau di akhirat sana
Cinta
Getaran cinta menusuk dijiwa
Alangkah manisnya tika bercinta
Dunia dilupa bagai di syurga
Itulah dia penangan cinta
Cinta
Sekilas wajahmu ingin bercinta
Pelbagai andaian datang menjelma
Adakah cinta hamba atau SANG PENCINTA?
Rantaian iman pengukur cinta
Cinta
Dedebu cinta berterbangan di udara
Tanda cinta pada YANG ESA
Biar lautan bergelora
Biar taufan datang menerpa
Namun cinta tetap pada YANG BERKUASA
Cinta
Walau masa gancang berlari
Walau jiwa walah berdiri
Walau lautan membelah bumi
Namun….
Kau tetap disanubari
Cinta
Cinta pada ILAHI cinta hakiki
Tidak dapat ditukar ganti
Biar jasad kian bersemadi
Lontaran cinta kekal dihati
Itulah citra CAHAYA CINTA…..
Luahan cinta :
Pencinta Seni,
24 Januari 2007,
07.28 p.m.